Resepi Coklat Ros

Coklat yang digunakan jenis coklat compound...blh bli kat kedai jual barang2 buat kek..dia ada beberapa color...color pink pun ada...yang aku gunakan coklat jenama Beryl's

Cara- caranya...
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil

2. Kemudian masukkan 1/4 coklat cair tadi ke dalam acuan...kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Selepas 30 minit, kuarkan acuan dan masukkan kekacang...mcm aku ni guna badam kisar...kalo guna walnut pun sedap gak..tp kene ingat yer, sume kekacang tu kene dibakar atau di sangai (goreng tanpa minyak)

4. Selepas itu, masukkan coklat dalam acuan sehingga penuh

5. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit..then bila kuarkan, dari peti ais, telungkupkan acuan.. goyang2 or ketuk sket2 je coklat tu akan keluar dari acuan..ni kalo betul2 coklat tu kerasla...kalo tak keras, korang ketuk ngan tukul besi pun tak kuar nyer...kalo tak nak kuar, jgn paksa...masukkan semula kat dalam peti ais...

6. Then letakla kat paper cup...dah siap utk dihidangkan...


Selamat Hari Raya dan selamat mencuba...

Coklat nie boleh letak kat bekas dan tahan pd suhu bilik....insyaAllah tak cair..hanya cair di molot...

No comments:

Post a Comment