Melawat Istana Negara Lama

Sabtu lepas, 23.02.2013 kami berlima melawat istana negara lama yang terletak di jalan istana. Aku, tasneem, mak aku, mak mertua, 2 orang adik ipar aku, intan dan wan. Masuk dikenakan bayaran. Untuk kanak-kanak dan budak sekolah tidak beruniform RM3. Dewasa RM5. Total RM23. Perjalanan bermula dari pintu masuk ke kediaman rasmi agong. Tempat kediaman tidak boleh ambil gambar dan mmg ada org jaga aka penjaga istana. Masuk kene bukak selipar dan disediakan plastik utk carry selipar masing2. Masa sampai ni dalam pukul 12.50pm. Nak kul 1 dah. panas terik ko. terpaksala, dah ada anak, kene tido kan dulu, dia bangun baru kita blh jln. kang tak pasal2 dia mengarok. Tu pun dia dh wat perangai kat balairong seri. Tak pasal2 suara dia sorg bergema dalam balairong seri. Ingt selepas melawat nak makan ikan bakar belakang istana. Memandangkan panas, terus ke midvelly. Maklumla, anak aku kan puteri lilin. pantang panas.

Di balairong seri boleh amik gambar. ada pameran raja kita iaitu koleksi peribadi Yang Dipertuan Agong skrg. Pameran ni tak tau la sampai bila.

Pintu Istana. Dulunya ada la kuda. Tp skrg jadi pintu masuk bli tiket

Gembira dapat carry oleh pakngah dia. Teringat Papa la tu

Muka ketat

Pending

Tak ingt

Baju permaisuri ye. 

Singgahsana. intan, aku dan tasneem, nenek, opah


Luar Istana. Panas terik. Anak aku dah merengek. Ternampak famili cina selamba tgh2 terik bergambar kat taman bunga. tak sanggup aku.


Belakang tu adalah kediaman rasmi agong. Tak boleh amik gambar, kita amik gambar jauh2.

End of lawatan, lunch di popeye midvelley. Terpusing 3 kali nak cari jalan exit. 2 kali pusing cari jalan keluar ke kl. Kelako!

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Ilham kek ini datang nya dari entry kak azlita . Memandangkan bahan pn ada, nak perabiskan apa2 yang ada, so aku try la buat kek ni. Sedap, mcm ala-ala secret resepi walaupun aku buat agak comot.. bergaduh hoccay dgn tasneem. Ptg lepas balik keje, mandi, main2 dgn tasneem, aku bancuh and bake cake. tu pn dia dh ngaruk2 nak ngemping. Lepas dinner aku buat cream dan terus lepa kek.

Ni la muka tasneem kalo dia geram nak ikut aku. Letih nenek nak melayan

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette

40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc - aku guna loyang 7 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan 
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Mousse Chocolate

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream - aku blasah abiskan whipping cream yang ada. lebih kurang 330 gm.
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin ~ aku guna jenama nona
30 ml air
120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut. cara aku, aku masukkan dalam air suam. then godak2 smpai larut.
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata


Bahan Ganache Coklat - aku tak buat, tak de bahan

150 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
gaul rata.

Ganache aku


57 gm coklat +57 gm butter dicairkan. Cairkan setelah siap melepa kek 

Penyediaan

Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek - aku tak letak
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras

Cara aku, potong kek kepada 3 lapisan. Lapisan pertama letak pisang, kemudian letak mousse coklat. Letak kek lapisan kedua, letak pisang, letak mousse coklat. Letak lapisan ketiga kemudian baki mousse coklat ratakan keseluruhan kek.
aku buat cecepat, sbb takut tasneem bangun nak menyusu balik.


lapisan kedua


Selepas kek mengeras, aku letak ganche coklat. blasah je la.

Selamat aku potong


Mencuba kek. Sedap. Manis. Tp tekstur cream dia agak keras sket. Mungkin aku terlebih letak gelatin dan terkurang letak air bancuhan.



Selamat mencuba!




Birthday Pak Usu Tasneem

Kek ni aku buat sempena hari lahir adik aku, helmi. Memandangkan hari lahir dia bulan feb dan kebetulan pertunangan pakngah tasneem, so aku pn buat la sekali kek ni.. Kek redvelvet ni sedap, tp agak muak bagi yang tidak mengemari. Resepi ni aku amik dari joy of baking
Siap ada video cara nak buatnya.

 




Bahan-bahan

2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour - aku guna tepung kek nona. Itu je yang ada
1/2 teaspoon salt - tak masukkan
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder - guna serbuk koko biasa
1/2 cup (113 grams) unsaltedbutter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated whitesugar - guna gula castor
2 largeeggs - 2 biji telur gred A 
1 teaspoon pure vanilla extract - ku guna esen vanilla
1 cup (240 ml) buttermilk - 1 cup fresh milk + 1 sudu besar jus lemon
2 tablespoons liquid red food coloring - 1 sudu besar red color jenama star bright
1 teaspoon white distilled vinegar 
1 teaspoon baking soda - ganti dgn baking powder

Kaedah


In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, (masukkan telur sebijik demi sebiji) one at a time, beating well after each addition. 

Scrape down the sides of the bowl .Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour. (masukkan tepung~buttermilk~tepung~buttermilk~tepung)
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 

Bakar dgn api 180c selama 30 minit atau sehingga kek masak. Ikut jenis oven.

Cheese frosting

250gm Cream cheese
100 gm butter
100gm icing sugar
2 cawan non diary whipping cream
1 sudu teh jus lemon

Beat whipping cream sampai soft peak atau bertanduk. Biarkan. Beat cream cheese dgn butter dan sugar. beat sehingga sebati. kemudian masukkan jus lemon. beat sebentar. Kemudian campurkan adunan whipping cream dan cream menggunakan kaedah kaup balik.

Potong kek kepada 2. Layerkan pada kek dan ratakan keseluruhan kek. Hias la ikut kemahuan masing-masing.

Khas utk papa

Enjoy the video

Cintaku tertinggal di Malaysia

Jumaat lepas,  hantar papa tasneem ke airport. Pergi kali ni untuk buat audit.  Mcm tau je dia nak kene tinggal. ambik gambar semuanya muncung. taknak senyum langsung. Kali ramai betul pelancong. Dari korea, thai, china. Aku terserempak dengan aktivis ke GAZA. tak perasan plak dari aktivis mana. 

Ketap bibir

Gambar dgn nenek pn hambar saje

Masam

Waiting papa tasneem check In

Terserempak dgn lion dance.. Tak takut dan tak de perasaan langsung tasneem ni. 

Maka, tinggallah kami bertiga ditemani nenek tasneem. Tasneem mcm mencari2 seseorang dirumah. Mungkin dia nak tanya, Mama, papa mana? Aku selalu ckp sebelum ke pejabat, tasneem duduk umah dgn nenek. Arini tak p umah opah. Papa keje. Sabtu ahad mama bawak p jalan.
Doa utk papa, semoga selamat kembali ke Malaysia- amin.

Majlis Pertunangan Pak Ngah Tasneem

Ahad, 10 Februari 2013, adik aku telah selamat bertunang dgn pilihan hatinya orang sabah. Tp kami tak ke Sabah bah. Kami ke Pasir gudang je. Majlis pertunangan dibuat di rumah akak tunang adik aku. Alkisahnya, ni la perempuan yang melekat kat hati mak aku dan hati adik aku. Sebelum ni, mcm2 perempuan dia bwk jumpe mak aku, tp semuanya kene reject. Alhamdullilah, walaupun adik aku ni jenis terejal (dengil&keras kepala) tp bab2 ni, dia blh dgr ckp mak aku. InsyaAllah, tahun depan aku bakal dapat adik ipar. Walaupun ujan lebat, tp semuanya berjalan lancar. Makanan, tak hengat. Ayam masak merah, ayam goreng, ayam kuah kunyit, sambal goreng, burasak (makanan bugis), nasi. Tak teringat aku semuanya. Dessert pn dah 3-4 jenis. Tak larat nak merasa.

Tema Biru-Putih dari pihak lelaki. Kek dibuat oleh aku sendiri. Tetapi tak berapa kemas sgt la hiasannya. boleh cuba lagi. Kek Red velvet.

Hantaran pihak perempuan, Merah-Hitam. 8 dulang berbalas 10

Sebahagian keluarga kami. Abah, Husband aku, Mak, tasneem, dila, sue, adik, aku.

Tasneem sekarang apepun suka masuk benda dalam mulut. Termasuk kaki dia sendiri. Tak reti dok diam kat umah orang. Part yang best anak aku ni, walaupun hujan, dia tetap panas dan nak berekon. Jawabnya aku tak masuk rumah. Dok kat depan je melayan dia. menyusu, masuk kete, bukak ekon. 

Mak dan Anak. Sebelum bertolak. Orang blm siap lagi mulut dia dh bising. So papa dia umpan round 1 pulau.

Adik aku aka pakngah tasneem dgn tunangnya. Keluarga Sue ni pn baik dan peramah. Mak aku selamba okay mintak plastik nak bungkus burasak. Selamba tak? Korang mampu? Kesudahannya bukan dapat buraksak je, dgn kuih kek coklat, talam santan, siap derang bagi bekas lagi. Derang ckp, nnt pulang bagi ayam golek. Mak aku ckp, okey, nanti acik bli ayam nnt golek2.

See budak kecik ni. kat luar tu hujan, dia sibuk nak berekon. Ni mama dia pakai kan dress sleeveless. Kalo tak, tak tau la mcmne ngamuknya dia.

Kentang goreng ala mexican

Aku sebenarnya tak tau ape nak bagi nama resepi ni. Tapi dapat idea dari blog kawan and hanis zalikha. Mcm biasa aku modified sket ikut selera and tekak. Yang paling best husband aku suka. dia kata ala-ala mexican food. so aku namakan kentang goreng ala mexican. Dia kata kalo kat US, tak tau makan ape, p kedai mexican dia serve nasi, bawahnya lauk pauk, atas naik letak cheese. Mmg sedap. Ala, sebenarnya husband aku mmg suka cheese.



Bahan-bahan: 

1/2 kilo Kentang goreng
1 keping daging kisar jenama ramly
Sos spegetti
sebiji bawang besar-cincang
Mozarella cheese
Minyak untuk mengoreng kentang.
Minyak untuk menumis. Dalam 2 sudu besar. Pepandai la adjust

Caranya
1. Goreng kentang goreng. Kalo taknak, boleh bakar kentang goreng ni. Tp kene agak2 la. sebelum bakar, lumurkan kentang goreng dengan minyak. Tp memandangkan aku tak reti nak agak and takut hangus, aku goreng lagi senang.

2. Tumis bawang sampai naik bau, masukkan daging. Agak2 empuk, masukkan sos.

3. Letakkan sos atas kentang goreng yang telah siap di goreng. Taburkan mozzarella.

4. Bakar suhu 150c selama 10 minit. atau agak2 dah perang2 cheese, tutup la oven.

5. Sedap di makan semasa panas bersama sos.