Roti Boy

Selasa lepas mak aku datang ke rumah amik turn jaga tasneem. Memandangkan aku cuti sbb tasneem kene cucuk, aku buat aktiviti minum petang.
Resepi ni aku amik dari blog makcik aku Mawar Merah


Bahannya

ROTI

380gm tepung gandum
3 tbsp susu tepung
80gm gula halus
3tsp yis
1 biji telur
100 ml air suam (makcik aku kata pandai2 ejas tgk keadaan doh)
100 g water roux (1 tbsp tepung gandum dicampur dgn 5 tbsp air, masak smpai pekat)
1/2 tsb garam
30 g butter
30 g shortening

Caranya 
Letak semua bahan dalam bekas kecuali garam dgn butter uli sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan butter, uli lagi. Uli doh sampai kenyal2.Kemudian perap 1 jam atau doh naik 2x ganda.
Bulat2 kan doh letak inti dan perap dalam 15 minit. Baru bakar dalam 15-20 minit 180c


INTI
100g butter
1/2 tsp esen vanilla
35g gula perang.

Pukul butter besama vanilla dan gula perang sampai lembut dan sebati. Simpan dalam esbox

TOPPING

100g butter
80g gula Ising
2 biji telur
3tbsp nescafe larutkan dgn 2 tbsp air
100g tepung naik sendiri - aku blasah tepung gandum
Butter dipukul bersama gula ising sampai lembut. Masukkan telur dan pukul. Masukkan nescafe kemudian tepung. Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam esbox.
* Menghasilkan 9 biji roti. Aku bakar 5 biji kemudian 4 biji. Almaklumlah oven kecik


Sambil menunggu roti di bakar


4 biji lagi nak dibakar

Sedap di makan waktu ujan dan lapar.

Selamat mencuba!



Diapers Bag

Skrgni aku sedang menggila mensurvey diapers bag. Skrgni bukan takde handbag. Ada, tp semua handbag ala2 comel loteh tak boleh nak myumbat all tasneem's stuff. Kalau aku pakai handbag aku sekarang, aku kene bawak 1 lagi bag utk tasneem. Makanya aku terpaksala pakai messanger bag papa tasneem. tak cun hoccay! Tak nampak feminine langsung (gara2 kene tegur).

Messanger bag ni bukan tak blh nak menyumbat barang2, tp tak praktikal. Setiap kali nak tukar diapers tasneem, hazab. Time tasneem berak lagi kelam kabut semua benda keluar dr handbag. Dan aku perasan ini tidak bagus sbb kadang2 dgn purse2 aku pn keluar. Bahaya! Lagi2 kami sekeluarga selalu merayap dan tak lekat kat rumah bila weekend. Ada je aktiviti luar.

Setelah baca blog barely supermommy aku rasa sudah tiba masanya utk berubah. Sgt cun okay diaper bag yang dia beli. Bag cum diapers bag. Baru la orang kata menang membeli alah memakai. Tetapi setelah meriki2 harganya, terus kene reject. Antara yang aku minat.

                                          

                ELIZABETH LEATHER 

                                                             £198.00

Feminine kan?

Memandangkan papa tasneem masih di US, aku pn mencari jenama2 dari sana kot2 ada yang ok. Antaranya Skip Hop. Tetapi di reject lagi! Stress aku. Papa tasneem ni kan taksub satu jenama. Aku pulak tak suka sbb bag tu tak blh dijadikan diapers bag. Sama je concept dgn beg sedia ada. Aku memerlukan kekemasan dalam handbag dan perlukan byk compartment supaya senang dan teratur dalam bag. tak de la aksi selongkar menyelongkar dalam bag. abis berterabur.

Setelah membuat analisis, aku dgn tekat mengorder storksak tote nylon. harap2 okla. 1st time bli online. Tak penah nampak depan mata. Maklumlah Storksak tak de butik di malaysia. So tawakal jela. Harap2 lepas ni storksak bukak la butik kat malaysia ni. Boleh mencuci mata. Lepas dapat bag ni, aku review sket. Ok atau tak.

Kuih Tepung Gomak

Apesal muka ko mcm tepung gomak!

Khamis lepas aku baru tau yang nama kuih ni Kuih tepung gomak. Masa mengandungkan tasneem aku paling suka makan kuih ni. Masa bulan puasa paksa laki aku cari kuih ni kat pasar ramadhan. Tp disebabkan tak tau namanya, aku ckp kat laki aku kuih leper2 ada tepung, warna dia seakan2 kuning. Nasib la laki aku jmpe. Tu pun time dah nak akhir ramadhan. Kalo tak, ngeces anak aku.

Kuih ni senang je buatnya. Pakai tepung pulut dan tepung kacang hijau. Caranya sama mcm buat kuih buah melaka.

Bahan2nya

500 gm Tepung beras dan Tepung Kacang Hijau. 

Goreng tepung kacang hijau tanpa minyak. Wangi.


Masak Gula merah


Masakkan Inti kelapa. Masukkan kelapa dalam kuali. Kemudian tuangkan gula merah yang dah masak. Kalau kurang manis letak gula pasir. Letak secubit garam. Kalau ada daun pandan blh letak utk wangi. 


Bancuh tepung pulut bersama air dan secubit garam. Bancuhan tak telalu cair dan pekat. Agak2 blh utk letak inti. Kene pandai bajet air nak guna
Cara aku : gentel tepung pulut mcm bentuk guli, kemudian leperkan, masukkan inti. Gentel jadi bentuk guli. Kemudian leperkan balik. Letak kat pinggan. Pinggan tu mesti kita letak sket minyak supaya tak lekat.

Didihkan air kemudian masukkan dalam air didihan. Kalau dah masak dia timbul. Kalo tak masak dia tenggelam kat dasar. 


Angkat golek2 kat tepung kacang hijau.



Tada...Siap untuk di makan. Sedap!

Selesema

Sekarang ni musim tak menentu. Ramai yang dilanda selesema, batuk dan demam. Yang paling merunsingkan bila anak aku yang kene. Waktu malam marathon dgn mak mertua aku menjaga tasneem. Maklumlah 1st time dia kene sakit. Tasneem kene sesema ni disebabkan jangkit dgn nenek andak dia yang demam masa majlis hari jadi pakcik haikal dia. Ada 1 mlm tu aku tak tdo semalaman. Tasneem tak blh bernafas je, terus dia menjerit dan melalak. Nasibla mama dia tak de sakit jantung. Kalo tak, kene heart attack. Mana tak nya, tgh2 tido tetiba ada org menjerit. Mau tak terkejut. Puas aku sedut2 hingus dia tp tak gak keluar. Kruk krak kruk krak kat kerongkong dia. Sian aku tgk. Makanya aku letak kunyit kat hidung dia. Nak ke klinik, kata orang tak elok bagi baby makan ubat. sbb dia masih lagi bawah 2 tahun. So bertabahla mama nya melayankan demam budak kecik ni. Selain tu, aku sapu kan vick di dada. Walaupun kuning, tp kuningnya tak meninggalkan kesan dihidung selepas dicuci. Mcm magik plak.


Satu lagi petua, campurkan kapur dan limau nipis di dada. Atau bakar bawang putih utk hilangkan sesema. Kalau cara moden, sapukan minyak yu yee cap limau kat dada. Bila baby batuk, tepuk2 kat dada dia di tulang serangka kat area paru2 dia untuk melonggarkan kahak baby. Petua ni aku dapat dari kawan2 kat opis yang dah berpengalaman. Petuani derang kata dapat dari fisioterapi. Tp kene buat semasa baby batuk, dan sebelum minum or makan. sbb takut plak susu atau air masuk ke paru2 baby. Kalo baby dah makan atau minum, kene tunggu sekurang2nya 1 jam. Paling elok buat waktu pagi2 selepas bangun tido. So far aku buat, sesema tasneem makin baik. Yang tak baiknya, aku pulak dijangkiti sesema batuk dan demam. Dah anak beranak demam. Adakah ini dikira rindu bertamu di Los Angeles?

Gara2 kes ni aku dah kehilangan berat 1kg ni!


Hari Jadi Pakcik Haikal

Selepas kepenatan seharian mengukur setiap inci KLCC, kami pergi ke majlis hari jadi pakcik haikal. . Pakcik haikal ni adalah anak kepada nenek alang, sepupu tok wan tasneem. Tasneem ramai pakcik dan makcik.  Sampai rumah, mandikan tasneem siap2 ke rumah nenek alang

Birthday boy, meniup lilin. Sedap keknya. Lembut. Tasneem, muka penat.


Acara potong kek selepas solat magrib. 


Makan time. Gilir-gilir makan. Nasib dia tak meragam. Balik rumah opah terbongkang kepenatan. Kesian tasneem








Motherhood Expo March 2013 - KLCC

Selepas menjadi runner kepada husband aku, terus ke KLCC. Sampai2 dah tghari, lunch dulu. Masa lunch ni la anak aku terpekik2. Semua org tgk ok. Anak akuni kan pantang nampak mamanya makan. Aku makan pn dh laju mcm gaban. Nasib balik adik ipar aku blikan makanan aku dulu. Mcm nak tercekik aku makan. lepas menjerit2 tu, aku letak dalam stroller terus tido.
See the angry face. Selamba dia menolak muka opahnya. baru 5 bulan ni.

Kemudian strait ke expo. xde pandang kiri kanan. Kali ni, kali kedua aku ke sini. 1st time masa saratkan tasneem. Expo ni bermula pada 1-3Mac. Next expo seboleh2nya aku nak ajak papa tasneem. Takde papa tasneem budget tight sket.

Memandangkan tasneem lena, ape lagi, berdesub la aku mencari barang. Nasib baik aku dah listkan brg2 yang patut bli. Senang keje.


1. Playmate
Ownernya korean, playmate made in korea. Tak tgk plak harganya sbb aku lebih tertarik dgn handmade headband. RM12, aku rembat satu. Kat Isetan aku tgk harganya RM29. Berbaloi. 

2. Booth car seat
Car seat and stroller aku tak pandang. Dah bli kan. wah berlagak.Sebenarnya aku cari portable car seat. Tp tak jumpe. byk yang jual car seat yang gedabak2. Anak aku sekarang dok kat car seat dia dah macam dok dalam penjara. terjerit2. 5 minit je dia boleh bertahan. Hazabla papanya nnt. 

3. Cloth Diapers
Aku cari grovia cloth diapers. Tp yang aku jumpa booth jual the gro. Booth ni ada jual beg storsak. Geram aku. Dia ada offer RM500. Tp aku tak bli, sbb tak de approval dari papa tasneem. Beg storsak ni best. Tu je aku blh komen. Sbb aku tak pakai lagi hanya tgk di kaca mata seorg mama. Tak pe, nnt aku pow la papa tasneem kalo dia p london. keh keh keh. Cloth diapers lain lovely world (kalau xsilap) RM70/pcs dapat free 2 insert. Mahal sbb material dia guna bamboo dan microfiber. Aku ada bli insert dia masa saratkan tasneem, tp anak aku jenis lencun, cepat je dah basah. Tasneem tak suka. Lain2 gerai,  autumn dalam RM25/pcs. Aku ada gak bli, tp aku yang tak berapa suka. Lunatotos aku tak survey plak berapa harganya.

4. Pureen
Gerai pureen aku bli disposal breast pad RM30 ada 84pcs. Murah. Member sales kat sogo RM35. Jimat RM5. Refill Liquid Cleanser 2 RM 22. Sabun A-B-D RM15/kotak.Free sabun dan ubat gigi utk kanak2.

5. Jungle jigle Breastmilk storage bag RM9.00 sekotak

6. Whoppee
Dia pn sibuk gak nak tau pasal whoopee ni

Harga utk semua saiz RM25. Murah. Kat luar RM29. Bli 2 dapat free 5-6 keping. Aku tak bli. Tp aku dapat sample free. Sbb aku kata aku nak cuba ok ke tak. See tasneem pn sibuk gak nak inteprem masa aku mengayat amoi ni.

7. Avent
Wah dah ada botol jenis baru, Natural. Harga pam letrik utk botol natural RM899 ye. Aku tak bli. Sbb pam aku masih lagi sihat walafiat. Aku tak survey plak berapa harga botol natural.

8. Frogo
Food storage utk makanan baby. 2 RM59 10oz. Aku tak bli dgn harapan papa tasneem blikan. 

9. Adrini's
Muka budak baru bangun tido + puas dapat menyusu. Nasib owner booth ni baik ati. Tumpangkan aku menyusukan anak aku ni. Tasneem ni kan time mama sibuk nak shopping+try baju, time tu la dia merengek nak susu.

Aku bli blouse clearance. 1/2 price. RM39.50. Dia ada jual jubah dan baju kurung. Tp aku try semua sangkut. So dapat 1 je yang tak sangkut. Depan adrinis ada jual baju baby cheetah tak silap la. Harga dari 8-25. Tp aku tak bli sbb yang berkenan lehernya kecik. Sempat berborak dgn chinese lady. Dia kata anak aku semangat. Aku ckp, lahir pn dah semangat. 4 kilo normal (muka terkejut). Dia kata kalo dia tak sanggup

10. Stoking
Walaupn papa tasneem akan blikan stoking, tp aku terjmpe stoking yang comel aka mmg khas utk girl. RM27 utk 6 pasang. Ok la kan. x ingt kedai mana. 

11. Simple Dimple
Aku bli 3 benda, kipas utk stroller, organic lion and drying rack. Walaupn tasneem dah ada 2 kipas, tp aku gatal bli sbb comel ada lampu2. RM15. Mainan tasneem Cotton organic lion RM16 . Drying rack RM13.

12. Booth bean aku tak singgah. Sbb tahun lepas papa tasneem dah blikan siap2 warmer and food processor.

Lain-lain booth yang sempat singgah, ofcoz booth mainan. Tp harganya mak aii, 200++. aku tak bli, tunggu tasneem besar sket. Makanan baby mcm heinz, nestle, sambil lalu je la. Sbb papa tasneem tak bagi makan lagi. Baby seat  RM199. Pun tak bli. Sbb aku cari portable chair. blh sangkut2 kat kerusi biasa.

Aktiviti changing traditional diapers. Bapak2 yang kene buat


Masuk expo kul 2ptg, kul 430 ptg baru keluar. Terus balik rumah. Mlm ada aktiviti lain plak. To be continue