Kuih Tepung Gomak

Apesal muka ko mcm tepung gomak!

Khamis lepas aku baru tau yang nama kuih ni Kuih tepung gomak. Masa mengandungkan tasneem aku paling suka makan kuih ni. Masa bulan puasa paksa laki aku cari kuih ni kat pasar ramadhan. Tp disebabkan tak tau namanya, aku ckp kat laki aku kuih leper2 ada tepung, warna dia seakan2 kuning. Nasib la laki aku jmpe. Tu pun time dah nak akhir ramadhan. Kalo tak, ngeces anak aku.

Kuih ni senang je buatnya. Pakai tepung pulut dan tepung kacang hijau. Caranya sama mcm buat kuih buah melaka.

Bahan2nya

500 gm Tepung beras dan Tepung Kacang Hijau. 

Goreng tepung kacang hijau tanpa minyak. Wangi.


Masak Gula merah


Masakkan Inti kelapa. Masukkan kelapa dalam kuali. Kemudian tuangkan gula merah yang dah masak. Kalau kurang manis letak gula pasir. Letak secubit garam. Kalau ada daun pandan blh letak utk wangi. 


Bancuh tepung pulut bersama air dan secubit garam. Bancuhan tak telalu cair dan pekat. Agak2 blh utk letak inti. Kene pandai bajet air nak guna
Cara aku : gentel tepung pulut mcm bentuk guli, kemudian leperkan, masukkan inti. Gentel jadi bentuk guli. Kemudian leperkan balik. Letak kat pinggan. Pinggan tu mesti kita letak sket minyak supaya tak lekat.

Didihkan air kemudian masukkan dalam air didihan. Kalau dah masak dia timbul. Kalo tak masak dia tenggelam kat dasar. 


Angkat golek2 kat tepung kacang hijau.



Tada...Siap untuk di makan. Sedap!

No comments:

Post a Comment