Motherhood Expo March 2013 - KLCC

Selepas menjadi runner kepada husband aku, terus ke KLCC. Sampai2 dah tghari, lunch dulu. Masa lunch ni la anak aku terpekik2. Semua org tgk ok. Anak akuni kan pantang nampak mamanya makan. Aku makan pn dh laju mcm gaban. Nasib balik adik ipar aku blikan makanan aku dulu. Mcm nak tercekik aku makan. lepas menjerit2 tu, aku letak dalam stroller terus tido.
See the angry face. Selamba dia menolak muka opahnya. baru 5 bulan ni.

Kemudian strait ke expo. xde pandang kiri kanan. Kali ni, kali kedua aku ke sini. 1st time masa saratkan tasneem. Expo ni bermula pada 1-3Mac. Next expo seboleh2nya aku nak ajak papa tasneem. Takde papa tasneem budget tight sket.

Memandangkan tasneem lena, ape lagi, berdesub la aku mencari barang. Nasib baik aku dah listkan brg2 yang patut bli. Senang keje.


1. Playmate
Ownernya korean, playmate made in korea. Tak tgk plak harganya sbb aku lebih tertarik dgn handmade headband. RM12, aku rembat satu. Kat Isetan aku tgk harganya RM29. Berbaloi. 

2. Booth car seat
Car seat and stroller aku tak pandang. Dah bli kan. wah berlagak.Sebenarnya aku cari portable car seat. Tp tak jumpe. byk yang jual car seat yang gedabak2. Anak aku sekarang dok kat car seat dia dah macam dok dalam penjara. terjerit2. 5 minit je dia boleh bertahan. Hazabla papanya nnt. 

3. Cloth Diapers
Aku cari grovia cloth diapers. Tp yang aku jumpa booth jual the gro. Booth ni ada jual beg storsak. Geram aku. Dia ada offer RM500. Tp aku tak bli, sbb tak de approval dari papa tasneem. Beg storsak ni best. Tu je aku blh komen. Sbb aku tak pakai lagi hanya tgk di kaca mata seorg mama. Tak pe, nnt aku pow la papa tasneem kalo dia p london. keh keh keh. Cloth diapers lain lovely world (kalau xsilap) RM70/pcs dapat free 2 insert. Mahal sbb material dia guna bamboo dan microfiber. Aku ada bli insert dia masa saratkan tasneem, tp anak aku jenis lencun, cepat je dah basah. Tasneem tak suka. Lain2 gerai,  autumn dalam RM25/pcs. Aku ada gak bli, tp aku yang tak berapa suka. Lunatotos aku tak survey plak berapa harganya.

4. Pureen
Gerai pureen aku bli disposal breast pad RM30 ada 84pcs. Murah. Member sales kat sogo RM35. Jimat RM5. Refill Liquid Cleanser 2 RM 22. Sabun A-B-D RM15/kotak.Free sabun dan ubat gigi utk kanak2.

5. Jungle jigle Breastmilk storage bag RM9.00 sekotak

6. Whoppee
Dia pn sibuk gak nak tau pasal whoopee ni

Harga utk semua saiz RM25. Murah. Kat luar RM29. Bli 2 dapat free 5-6 keping. Aku tak bli. Tp aku dapat sample free. Sbb aku kata aku nak cuba ok ke tak. See tasneem pn sibuk gak nak inteprem masa aku mengayat amoi ni.

7. Avent
Wah dah ada botol jenis baru, Natural. Harga pam letrik utk botol natural RM899 ye. Aku tak bli. Sbb pam aku masih lagi sihat walafiat. Aku tak survey plak berapa harga botol natural.

8. Frogo
Food storage utk makanan baby. 2 RM59 10oz. Aku tak bli dgn harapan papa tasneem blikan. 

9. Adrini's
Muka budak baru bangun tido + puas dapat menyusu. Nasib owner booth ni baik ati. Tumpangkan aku menyusukan anak aku ni. Tasneem ni kan time mama sibuk nak shopping+try baju, time tu la dia merengek nak susu.

Aku bli blouse clearance. 1/2 price. RM39.50. Dia ada jual jubah dan baju kurung. Tp aku try semua sangkut. So dapat 1 je yang tak sangkut. Depan adrinis ada jual baju baby cheetah tak silap la. Harga dari 8-25. Tp aku tak bli sbb yang berkenan lehernya kecik. Sempat berborak dgn chinese lady. Dia kata anak aku semangat. Aku ckp, lahir pn dah semangat. 4 kilo normal (muka terkejut). Dia kata kalo dia tak sanggup

10. Stoking
Walaupn papa tasneem akan blikan stoking, tp aku terjmpe stoking yang comel aka mmg khas utk girl. RM27 utk 6 pasang. Ok la kan. x ingt kedai mana. 

11. Simple Dimple
Aku bli 3 benda, kipas utk stroller, organic lion and drying rack. Walaupn tasneem dah ada 2 kipas, tp aku gatal bli sbb comel ada lampu2. RM15. Mainan tasneem Cotton organic lion RM16 . Drying rack RM13.

12. Booth bean aku tak singgah. Sbb tahun lepas papa tasneem dah blikan siap2 warmer and food processor.

Lain-lain booth yang sempat singgah, ofcoz booth mainan. Tp harganya mak aii, 200++. aku tak bli, tunggu tasneem besar sket. Makanan baby mcm heinz, nestle, sambil lalu je la. Sbb papa tasneem tak bagi makan lagi. Baby seat  RM199. Pun tak bli. Sbb aku cari portable chair. blh sangkut2 kat kerusi biasa.

Aktiviti changing traditional diapers. Bapak2 yang kene buat


Masuk expo kul 2ptg, kul 430 ptg baru keluar. Terus balik rumah. Mlm ada aktiviti lain plak. To be continue






No comments:

Post a Comment