Diapers Bag

Skrgni aku sedang menggila mensurvey diapers bag. Skrgni bukan takde handbag. Ada, tp semua handbag ala2 comel loteh tak boleh nak myumbat all tasneem's stuff. Kalau aku pakai handbag aku sekarang, aku kene bawak 1 lagi bag utk tasneem. Makanya aku terpaksala pakai messanger bag papa tasneem. tak cun hoccay! Tak nampak feminine langsung (gara2 kene tegur).

Messanger bag ni bukan tak blh nak menyumbat barang2, tp tak praktikal. Setiap kali nak tukar diapers tasneem, hazab. Time tasneem berak lagi kelam kabut semua benda keluar dr handbag. Dan aku perasan ini tidak bagus sbb kadang2 dgn purse2 aku pn keluar. Bahaya! Lagi2 kami sekeluarga selalu merayap dan tak lekat kat rumah bila weekend. Ada je aktiviti luar.

Setelah baca blog barely supermommy aku rasa sudah tiba masanya utk berubah. Sgt cun okay diaper bag yang dia beli. Bag cum diapers bag. Baru la orang kata menang membeli alah memakai. Tetapi setelah meriki2 harganya, terus kene reject. Antara yang aku minat.

                                          

                ELIZABETH LEATHER 

                                                             £198.00

Feminine kan?

Memandangkan papa tasneem masih di US, aku pn mencari jenama2 dari sana kot2 ada yang ok. Antaranya Skip Hop. Tetapi di reject lagi! Stress aku. Papa tasneem ni kan taksub satu jenama. Aku pulak tak suka sbb bag tu tak blh dijadikan diapers bag. Sama je concept dgn beg sedia ada. Aku memerlukan kekemasan dalam handbag dan perlukan byk compartment supaya senang dan teratur dalam bag. tak de la aksi selongkar menyelongkar dalam bag. abis berterabur.

Setelah membuat analisis, aku dgn tekat mengorder storksak tote nylon. harap2 okla. 1st time bli online. Tak penah nampak depan mata. Maklumlah Storksak tak de butik di malaysia. So tawakal jela. Harap2 lepas ni storksak bukak la butik kat malaysia ni. Boleh mencuci mata. Lepas dapat bag ni, aku review sket. Ok atau tak.

3 comments:

  1. as salam. beli kat website storksak ke ye? total cost bape in RM? bape lame sampai ye?

    ReplyDelete
  2. wsalam. bukan bli kat website storksak. bli kat online m'sia je. Tu pn pre order. kalo nak bli kat website storksak rasanya kene ada alamat kat UK or US.

    ReplyDelete
  3. sy dh beli storksak..alhmdllh puas atii http://terbangpulang87.blogspot.com/2014/04/storksak-murah.html

    ReplyDelete