Cirit Birit

Bukan aku yang kene cirit birit. Tapi anak aku. Dia berak-berak sejak jumaat lepas. 5x sehari ko. Asyik menukar pampers je. Nasibla aku ada spare cloth diapers, tukar2. Yang herannya, dia berak-berak lepas menyusu. Contohnya, kul5pagi dia dah berak. Kemudian dia meyusu. Menyusu kali kedua, dia berak lagi. Tgh menyusu tu dia boleh meneran. Sampai aku tegur, ai atas masuk bawah keluar? Poo dia plak jenis yang cair berwarna kekuningan. Kadang-kadang berketul2 mcm susu masam. adakalanya poo dia berwarna kehijauan. Aku dah panik dah since smlm pn masih berak2. 6 hari berturut2 ni berak2. Opahnya kata 5x tukar pampers. Nasib aritu bli pampers pek jumbo skali angkat 2. pampers anak je dah dekat RM100. Bocor poket mama papanya. 


Bila mamanya dah panik, papanya sibuk la mengoogle cari info pasal baby  berak2. Ada yang kata normal. ada yang kata nak masuk bulan. Ada yang ckp mungkin kene jangkitan. Ada yang kata kalo susu formula terlebih laktosa. Papanya mcm biasala, rileks je. Tak kira la apa pn sumber dari internet, kita tak boleh anggap internet tu sebagai doktor untuk anak kita. Sekadar pengalaman dan pandangan orang boleh la.  Aku berkeras ke klinik mlm ni juga. Dan-dan lepas magrib berdesub ke persint 15. Masa ni tasneem masih tido. Aku bajet dia keletihan asyik berak2 je. Sampai persint 15, pergi ke klinik Annur, tp waktu tu doc rehat dari 7.30-8.30mlm. Aku ckp ngan papanya, kalo 8.30mlm baru ada doc, time tu tasneem nak tido balik. Takut dia mengaruk. Dia tgh mamai2 ni. Kebetulan depan klinik annur ada klinik ilham. Kami masuk, terus jumpe doktor. Kebetulan tak de org. Masuk je tetiba tasneem senyum2. Aku cerita la masalah anak akuni.

Doktor tu advice, it's normal kalo baby menyusu badan sepenuhnya berak dgn kerap. and poo dia cair and soft. Doktor tgk anak aku tak dehydrate. Maknanya ok. Kalo baby yang kene cirit birit, dia akan dehydrate and akan kelihatan lemah tak bermaya. Ditambah kalo baby muntah. Sah kne cirit. Doktor tgk anak aku pn dia tau tasneem bukan kene cirit birit. Tasneem siap gelak2 and main2 kt meja doktor. Doktor x suggestkan bg ubat pd baby. tak elok. kalo kat hospital pn, biasanya doktor2 mmg suruh bg susu je. no ubat2.

Doktor : See dia aktif. Kalo baby yang kene cirit birit biasanya lembik. Tak bermaya and dehydrate. Anak adik ni ok. (dalam ati, wah muda aku dok panggil aku adik). Bontot dia tak merah kan?
Aku : Yeke doktor. Saya risau dia berak2. Kadang2 cair, kadang2 mcm susu masam. Bontot dia ok.
Doktor : Meh kita timbang berat badan dia kalo nak tau dia menyusut ke tak.(sambil2 tu ketuk2 perut tasneem). Ada kembung sikitni
Aku : Yeke? Dia ni mmg dari lahir suka kembung. Start kul6ptg  je dia kembung. Boleh ke nak timbang? Masani tasneem dok main dgn papanya dgn nurse2 kat klinik tu memandangkan dia tak dok diam . (opahnya tegur tasneem macam mengecut. Takut ada pantang apa2 yang kami langgar. So aku dah call mak aku utk kepastian, takde.Maklumlah, aku kan jawa. Mcm2 pantang. Anak2 mak aku pn tak de yang berak2 mcm tasneem. Tp kalo ikut belah papanya, pakngah tasneem mmg mcm tu. makan berak makan berak smpai la besar.)
Aku : Doktor nak tanggalkan baju tak?
Doktor : Tak payah. Beza dalam 100-200gm je.


Tgk berat tasneem tanpa bogel 7.72kg. wah, b4 this 7.2kg. walaupn berak2, berat ttp naik. lega aku.

Doktor : so baby ok, mamanya yg kne tukar pola pemakanan. adik mkn ape2?
Aku : ada. amik supploment shaklee ESP. Soy based. Then mlm b4 tido minum anlene.
Doktor : Yg soy based tu blh continue. Sbb dia tak harm pd baby. selalunya doktor akan suggest susu isomil bg baby yg minum fm. since dia fully breast feed, adik stop amik anlene. anlene kuat tau. kat kita dia ok, tp kt baby, baby klh. mungkin sbb tu poo dia cair. 
Aku : yela doktor, sy kne minum susu b4 tido. kalo tak tgh2 mlm lapo.
Doktor : saya cdgkn adik amik susu tepung biasa je. Mcm fernleaf ke, anmum ke. Saya bagi air garam je ye kot-kot dah stop minum anlene still lagi cair.
Aku : ok. 

Sblm balik sempat aku timbang, wah naik 3kg. pengsan!

Mlm td aku tak minum anlene. Alhamdullilah poo tasneem dh kembali normal. Husbnd aku kata mungkin mineral yang masuk ke bdn tasneem dh byk. So mana2 tak perlu, perlu dibuang. So mulai arini, stop amik anlene. Terpaksalah berkorban utk anak. Stok susu yg ada terpaksala husband aku yg kene habiskan.

Butterscotch Cake



Buruk bebeno aku mendeco kek ni. Ni adalah gara2 tasneem yang dah gigit2 pipi papa dia dan menarik2 rambut papa dia sbb geram dgn mama dia yg dok mengodek kek bbrp hari. 1st trial buat kek ni aku siram dgn ganache. abis cerita. cepat dan mudah. 2nd trial cuba nak mendeko pakai nozzle tp tak menjadi. yang jadi hanya perkataan sahaja. Itupun huruf U aku tgk mcm cacat.  Resepi kek ni aku amik dari azlita masam manis.

HAZELNUT SPONGE CAKE

275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam

Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
ganti dengan coffee oil
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
(2/3 cawan susu segar + 1 sb lemon – simpan 2hari)

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C 

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati

Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.

Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.



KACANG KARAMEL

1 cawan kacang Pecan ~ganti gajus
1/2 cawan kacang Hazelnut 
80 gm gula perang
2 sudu besar madu

Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera 
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
Biarkan ia sejuk dan mengeras.

Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.~tak cincang. Masukkan dalam plastik, tumbuk kasar senang cerita.Paham2 la wat kek dgn anak kecik. Serdak2 dia aku letak kat dalam kek. tak bazir.

Untuk sos karamel aku tak gunakan resepi asal sbb nampak mcm kompleks sgt. Jadi aku guna resepi yang aku dapat dari ehow. aku buat 2x ganda dari resepi asal utk disapukan pada kek dan dicampurkan dgn cream

Butterscotch Sauce


Bahan2
1/4 cawan butter
1/2 cawan gula perang- pilih yang gula perang lembut. penah buat guna yang kasar, tak jadi. hangus. gula putih lagi fail
1/2 cawan non diary whipping cream
1 teaspoon garam and esen vanilla

Proses membuatnya kena cepat. so semua bahan2 kene letak siap2. tak blh lengah2. time tu nak masukkan time tu nak sukat jawabnya hangus. Ingat, gula cepat hangus.

Caranya
1. Cairkan butter dalam periuk. gunakan whisk. gaul sampai cair atas api yg kecik/medium heat. jgn sampai butter mendidih. agak2 cair cepat masukkan gula.
2. Gaul gula dgn butter dalam 1-2 minit smpai nampak gula tu mcm wet sand. dah nampak wet sand, cepat2 masukkan whipping cream. kalo guna medium heat, tukar kepada low heat.
3. Gaul pakai whisk dalam 2 minit. kalo dah cair iaitu, wet sand dah hilang, tutup api dan letakkan garam dan esen vanilla. kalo rasa2 tak berapa masin, blh tambah sket lagi. kalo tak suka masin, tak payah tambah. biarkan sejuk. dia akan jadi pekat sedikit bila dah sejuk.

Bila dah sejuk, buat cream cheese. Yang ni aku ikut resepi kak azlita tp adunan 1/2

Bahan
580 gm cream cheese ~ dilembutkan 250gm cream cheese
1/2 cawan gula icing ~ di ayak ~ 1/4 cawan
100gm butter tanpa garam ~ ni agak2 je  
1 cawan non diary whipping cream


1. Pukul whipping cream hingga kental.

2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
3. Tambahkan butter dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
4. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi.
5. Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.

6. Kemudian, masukkan whipping cream yang telah di pukul tadi. Guna kaedah kaup balik.


Kemudian lempa kek.

Kek lapisan 1 disapukan dgn sos kemudian tabur kacang karamel kemudian ttp dgn cream cheese.Untuk lapisan 2, letakkan sos sebelum letak di lapisan 1. kemudian letak sos ~kacang karamel~cream. 

Kaedahnya 

 Kek ~ sos ~ kacang karamel ~ cream ~ sos (kek lapisan Kedua)~ sos ~ kacang karamel ~ cream ~ sos (lapisan ketiga)

Kemudian ratakan lebihan cream cheese keseluruhan kek.dan hiaskan kek.

Aku masih lagi belajar untuk mendeko kek. Deko kek bersama anak dan suami tercinta mmg hancus. Berebut2 dan bermacam2 aksi lagi. Lagi2 si tasneem.

Selamat mencuba!

1 cerita


Alhamdullilah, hasil mengamalkan suppliment shaklee, 9oz susu berjaya dipam pada pg ini. Walaupun malam tadi ~hatta setiap mlm tak cukup tido dan rehat ditambah dgn stress. Tasneem skrg dh pandai cari susu dia dgn meniarap sambil mata pejam. Takut dia lemas, aku bangun dan pangku dia untuk menyusu + mengemping. Trend baru anak aku.

Emosi aku terganggu bila susu yang aku pam dibuang begitu saja (walaupun kebiasaanya akan bagi pada pokok dirumah opahnya). Bukan sbb tasneem tak nak susu tu, tp sbb lubang putingnya! Stress aku. 

Smlm semasa aku keluarkan botol tasneem dari warmer bag dia aku tgk baki susu 2oz lagi. Confirmla aku takkan bagi  sbb masa tu kul12.00mlm sah-sah expired. 

 Aku pn pelik kenapa tasneem tak minum ni. Masa basuh tu aku sental puting dia nampak 1 flow. Sah, puting baru  yang aku bekalkan pg td tak ditukar. Yang ditukar adalah botolnya. Kisahnya, tasneem ada 2 botol. 1 botol dgn puting 2 flow untuk travel dan 1 botol, 1 flow stay di rumah opahnya. Sabtu lepas aku tido dirumah opahnya dan opahnya ckp botol yang ada kat rumah dia tak nak sgt minum. Kalo minum pn 1 oz. Kalo botol travel tu, sekejap je abis. Kalo 4oz, sekali sedut abis. Aku ckp nnt aku tukar dgn puting yang baru. sbb aku nak sterilize kan puting baru, baru blh ganti puting lama tu. 

Pagi semalam, aku dah bekalkan puting 2 flow dalam warmer bag tasneem. Dan pesan kat husband aku untuk bagi kat opahnya dan tukar puting pada  botol lama.  Aku tak tau la apa pesanan husband aku pada opahnya yang ditukar adalah botolnya bukan puting. Sgt sedih, geram dan panas hati aku bila tgk 2 oz susu tak terhabis. Aku masih boleh terima kalo 1 oz atau 1/2 oz mahupun susu formula. Bukan mudah untuk mengempam. Perlu pengorbanan masa, tenaga dan komitment. Buntu sape yang harus dipersalahkan. 

Good news, pejabat aku akan sediakan ruang untuk dijadikan bilik penyusuan. saya suka saya suka (mei mei). Tpt sebegini mmg aku dah angan2kan sebelum naik keje lagi. tak sangka, walaupun angan2 tetiba jadi kenyataan. 

Aku kesian tgk rakan2 seperjuangan yang terpaksa mengepam bawah meja, di pantry atau di surau. Aku kira bernasib baik ada  bilik dan kedudukan bilik aku agak tersorok. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang akan menyediakan ruangan ini dan menyokong aktiviti penyusuan ibu walaupun ada yang menyindir2. 

Terung bakar bersama telur dadar

Resepi ni aku dapat dari Busu aku. Selepas balik dari manila, dtg melawat dia dan dia hidangkan menu ni. Mudah, ringkas dan sedap. Selalunya terung ni sama ada masak dgn ikan asam pedas, kari, dhal, tak pn sambal.

Bahannya

Sebatang Terung - buang kulitnya.
1 labu bawang besar - hiris
3 biji telur
3 biji cili padi- hiris
garam



Bakar terung. Aku guna tefal je. senang nak tgk dh masak ke tak. Balut terung dgn aluminium foil letak atas kuali. 


Terung yang dh masak

Kemudian, lenyek2 seperti gambar di atas

Bancuh telur. Mcm telur dadar. Masukkan minyak, letak separuh telur, dan letak terung.

Tuang baki telur atas terung.


Taraaa...dah siap utk dimakan. 

Selamat Mencuba!




Potluck 2013

Alhamdullilah, hari ni potluck pertama kami utk tahun 2013. Semenjak pindah  aras disebabkan rombakan besar-besaran, buat pertama kalinya aku join aktiviti sosial aras ini. Maklumlah, aras ni ramai bos-bos. Tema utk potluck kami west meet east. So antara menunya

Lagsanna, Kabonara, Nasi goreng, Nasi Lemak , Sambal sotong, Telur Rebus, Sambal Ikan bilis, Ayam masak bijan -> ye la kot sebab empunya pn tak tau ayam masak ape , Honeydew

Kentang goreng ala mexican -> aku buat  resepi akan menyusul,  Kek Butterscoth -> aku buat. resepi akan menyusul, Kek marble, Agar-agar, Aiskrim, Air kotak

Walaupun potluck kecil-kecilan yang join pn bbrp kerat je dan tak semeriah semasa di tpt lama, tp ok la. Satu permulaan yang baik. 


Kek Kukus Asam Manis


Resepi ni aku amik dari blog kak azlita. Kebanyakkan resepi yang dia tulis menjadi. So memandangkan semalam cuti dan hobi aku skrg suka 'membaking', ape lagi, jom kita kongsi resepi. Kek ni mudah dan sedap juga rasanya. Manakan tidak, tinggal 5 keping je utk aku wat minum ptgni memandangkan husband aku dah belasah hampir 2/3 kek ni smlm. Aku buat setgh adunan dari resepi asal

Bahan-bahannya


160 gm butter
125 gm gula kastor
150 gm tepung naik sendiri (memandangkan tepung ni tak de, aku amik 250gm tepung biasa campur dgn 1 sudu besar baking powder, ayak. Kemudian, timbang balik, ayak, balance simpan)
3 biji telur (1 biji guna Gred A, 2 biji Gred B ~ nak abiskan stok telur)
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus (aku ramas2kan)

Sediakan loyang berukuran 8 inc (aku guna loyang cheesecake memandangkan ini je yang ada)
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek (aku guna minyak jagung sapu disekeliling loyang)

Panaskan kukusan dengan api yang besar. Pastikan air kukusan byk ye memandangkan nak mengukus ni mengambil masa yang lama.
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
  3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan asam manis
  5. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
  6. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
  7. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna (aku kukus 1 jam 15 minit : -1 jam pertama api besar, 15 minit kemudian api kecik)
Selamat mencuba!Kek ini sedap dimakan waktu ptg sambil tgk running man.

Shaklee- Just to share


Aku adalah pengguna dan pengedar shaklee.

Antara produk shaklee yang aku makan.

1. Vita-lea
2. Zinc Complex
3. OsteMatrix
4. B-Complex
5. ESP-Energizing Soy Protein
6. Alfalfa Complex
7. Omega Guard 


Pengalaman aku sendiri selepas beranakkan tasneem aku mempunyai masalah kekurangan susu badan dan keletihan. Masa dalam pantang, tasneem selalu kembung. Yang peliknya dia start kembung kul 6ptg-12mlm. Jadinya marathon jaga anak aku. Start kul 6ptg-8mlm aku ngan mak aku jaga. Start kul 9mlm-12mlm abah aku plak amik alih. 

Nak kata tak makan halia and lada hitam, setiap lauk yg mak aku masak mesti letak. Siap buat uji kaji. Rupa2nya anak aku alah dengan lobak putih. Bila tak makan lobak putih, susu badan sikit. So kerapla anak aku mintak susu. Aku pulak yang letih. Seksa la jugak. Mlm tido tak lena. bayangkan baru je nak tido, anak dah bgn mintak susu lagi. nasib mak aku tido sekali ngan aku. 

Mcm2 usaha aku dan husband aku buat utk tambah kan susu. Makan pil habatus sauda anak aku tak kembung, susu banyak tp anak aku berak2. kesian. terus stop. Rebus longan kering, makan kurma, makan madu. ape je yg aku tak makan utk tambahkan susu. Susu mmg byk, tp anak aku kembung.


Sampai hari ke 50 aku balik ke Putrajaya. Aku menggoogle cari info pasal shaklee. Rata2 yang consume shaklee berjaya mengatasi masalah yang aku hadapi. Mula2 aku just amik ESP and Alfalfa. Sbb aku masih makan jamu. Seminggu aku consume, alhamdulliah, susu byk, anak kenyang, hati pun senang. Dan-dan aku order Ostematrix. Kemudian, bila dah mula bekerja, aku terus jadi ahli shaklee dan bli set shaklee. 

So reader2 sekalian sekiranya ingin mendapatkan pandangan/berminat untuk membeli just email ainul83@gmail.com or sms/tel : 0127393045. 

Next entry aku share plak kebaikan vitamin shaklee.

Bersarang berhabuk dan ber ber

Setahun lamanya aku tak berblog. gamaknya selepas aku menulis entry pasal stress terus stress tak menulis. Alkesahnya lepas entri itu, aku mengandung. bila dah mabuk ditambah kesibukan kerja tak sudah, sampai sesudah aku meninggalkan blog akuni. (mcmla blog ko org nak baca)
 Dengan rasminya ini adalah entry pertama untuk tahun 2013.

Alhamdulliah, aku dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur Lu'lu Tasneem binti Mohd Azril.