Butterscotch Cake



Buruk bebeno aku mendeco kek ni. Ni adalah gara2 tasneem yang dah gigit2 pipi papa dia dan menarik2 rambut papa dia sbb geram dgn mama dia yg dok mengodek kek bbrp hari. 1st trial buat kek ni aku siram dgn ganache. abis cerita. cepat dan mudah. 2nd trial cuba nak mendeko pakai nozzle tp tak menjadi. yang jadi hanya perkataan sahaja. Itupun huruf U aku tgk mcm cacat.  Resepi kek ni aku amik dari azlita masam manis.

HAZELNUT SPONGE CAKE

275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam

Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
ganti dengan coffee oil
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik
(2/3 cawan susu segar + 1 sb lemon – simpan 2hari)

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C 

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati

Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.

Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.



KACANG KARAMEL

1 cawan kacang Pecan ~ganti gajus
1/2 cawan kacang Hazelnut 
80 gm gula perang
2 sudu besar madu

Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera 
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
Biarkan ia sejuk dan mengeras.

Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.~tak cincang. Masukkan dalam plastik, tumbuk kasar senang cerita.Paham2 la wat kek dgn anak kecik. Serdak2 dia aku letak kat dalam kek. tak bazir.

Untuk sos karamel aku tak gunakan resepi asal sbb nampak mcm kompleks sgt. Jadi aku guna resepi yang aku dapat dari ehow. aku buat 2x ganda dari resepi asal utk disapukan pada kek dan dicampurkan dgn cream

Butterscotch Sauce


Bahan2
1/4 cawan butter
1/2 cawan gula perang- pilih yang gula perang lembut. penah buat guna yang kasar, tak jadi. hangus. gula putih lagi fail
1/2 cawan non diary whipping cream
1 teaspoon garam and esen vanilla

Proses membuatnya kena cepat. so semua bahan2 kene letak siap2. tak blh lengah2. time tu nak masukkan time tu nak sukat jawabnya hangus. Ingat, gula cepat hangus.

Caranya
1. Cairkan butter dalam periuk. gunakan whisk. gaul sampai cair atas api yg kecik/medium heat. jgn sampai butter mendidih. agak2 cair cepat masukkan gula.
2. Gaul gula dgn butter dalam 1-2 minit smpai nampak gula tu mcm wet sand. dah nampak wet sand, cepat2 masukkan whipping cream. kalo guna medium heat, tukar kepada low heat.
3. Gaul pakai whisk dalam 2 minit. kalo dah cair iaitu, wet sand dah hilang, tutup api dan letakkan garam dan esen vanilla. kalo rasa2 tak berapa masin, blh tambah sket lagi. kalo tak suka masin, tak payah tambah. biarkan sejuk. dia akan jadi pekat sedikit bila dah sejuk.

Bila dah sejuk, buat cream cheese. Yang ni aku ikut resepi kak azlita tp adunan 1/2

Bahan
580 gm cream cheese ~ dilembutkan 250gm cream cheese
1/2 cawan gula icing ~ di ayak ~ 1/4 cawan
100gm butter tanpa garam ~ ni agak2 je  
1 cawan non diary whipping cream


1. Pukul whipping cream hingga kental.

2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
3. Tambahkan butter dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
4. Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi.
5. Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.

6. Kemudian, masukkan whipping cream yang telah di pukul tadi. Guna kaedah kaup balik.


Kemudian lempa kek.

Kek lapisan 1 disapukan dgn sos kemudian tabur kacang karamel kemudian ttp dgn cream cheese.Untuk lapisan 2, letakkan sos sebelum letak di lapisan 1. kemudian letak sos ~kacang karamel~cream. 

Kaedahnya 

 Kek ~ sos ~ kacang karamel ~ cream ~ sos (kek lapisan Kedua)~ sos ~ kacang karamel ~ cream ~ sos (lapisan ketiga)

Kemudian ratakan lebihan cream cheese keseluruhan kek.dan hiaskan kek.

Aku masih lagi belajar untuk mendeko kek. Deko kek bersama anak dan suami tercinta mmg hancus. Berebut2 dan bermacam2 aksi lagi. Lagi2 si tasneem.

Selamat mencuba!

1 comment: