1 cerita


Alhamdullilah, hasil mengamalkan suppliment shaklee, 9oz susu berjaya dipam pada pg ini. Walaupun malam tadi ~hatta setiap mlm tak cukup tido dan rehat ditambah dgn stress. Tasneem skrg dh pandai cari susu dia dgn meniarap sambil mata pejam. Takut dia lemas, aku bangun dan pangku dia untuk menyusu + mengemping. Trend baru anak aku.

Emosi aku terganggu bila susu yang aku pam dibuang begitu saja (walaupun kebiasaanya akan bagi pada pokok dirumah opahnya). Bukan sbb tasneem tak nak susu tu, tp sbb lubang putingnya! Stress aku. 

Smlm semasa aku keluarkan botol tasneem dari warmer bag dia aku tgk baki susu 2oz lagi. Confirmla aku takkan bagi  sbb masa tu kul12.00mlm sah-sah expired. 

 Aku pn pelik kenapa tasneem tak minum ni. Masa basuh tu aku sental puting dia nampak 1 flow. Sah, puting baru  yang aku bekalkan pg td tak ditukar. Yang ditukar adalah botolnya. Kisahnya, tasneem ada 2 botol. 1 botol dgn puting 2 flow untuk travel dan 1 botol, 1 flow stay di rumah opahnya. Sabtu lepas aku tido dirumah opahnya dan opahnya ckp botol yang ada kat rumah dia tak nak sgt minum. Kalo minum pn 1 oz. Kalo botol travel tu, sekejap je abis. Kalo 4oz, sekali sedut abis. Aku ckp nnt aku tukar dgn puting yang baru. sbb aku nak sterilize kan puting baru, baru blh ganti puting lama tu. 

Pagi semalam, aku dah bekalkan puting 2 flow dalam warmer bag tasneem. Dan pesan kat husband aku untuk bagi kat opahnya dan tukar puting pada  botol lama.  Aku tak tau la apa pesanan husband aku pada opahnya yang ditukar adalah botolnya bukan puting. Sgt sedih, geram dan panas hati aku bila tgk 2 oz susu tak terhabis. Aku masih boleh terima kalo 1 oz atau 1/2 oz mahupun susu formula. Bukan mudah untuk mengempam. Perlu pengorbanan masa, tenaga dan komitment. Buntu sape yang harus dipersalahkan. 

Good news, pejabat aku akan sediakan ruang untuk dijadikan bilik penyusuan. saya suka saya suka (mei mei). Tpt sebegini mmg aku dah angan2kan sebelum naik keje lagi. tak sangka, walaupun angan2 tetiba jadi kenyataan. 

Aku kesian tgk rakan2 seperjuangan yang terpaksa mengepam bawah meja, di pantry atau di surau. Aku kira bernasib baik ada  bilik dan kedudukan bilik aku agak tersorok. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang akan menyediakan ruangan ini dan menyokong aktiviti penyusuan ibu walaupun ada yang menyindir2. 

No comments:

Post a Comment