Cirit Birit

Bukan aku yang kene cirit birit. Tapi anak aku. Dia berak-berak sejak jumaat lepas. 5x sehari ko. Asyik menukar pampers je. Nasibla aku ada spare cloth diapers, tukar2. Yang herannya, dia berak-berak lepas menyusu. Contohnya, kul5pagi dia dah berak. Kemudian dia meyusu. Menyusu kali kedua, dia berak lagi. Tgh menyusu tu dia boleh meneran. Sampai aku tegur, ai atas masuk bawah keluar? Poo dia plak jenis yang cair berwarna kekuningan. Kadang-kadang berketul2 mcm susu masam. adakalanya poo dia berwarna kehijauan. Aku dah panik dah since smlm pn masih berak2. 6 hari berturut2 ni berak2. Opahnya kata 5x tukar pampers. Nasib aritu bli pampers pek jumbo skali angkat 2. pampers anak je dah dekat RM100. Bocor poket mama papanya. 


Bila mamanya dah panik, papanya sibuk la mengoogle cari info pasal baby  berak2. Ada yang kata normal. ada yang kata nak masuk bulan. Ada yang ckp mungkin kene jangkitan. Ada yang kata kalo susu formula terlebih laktosa. Papanya mcm biasala, rileks je. Tak kira la apa pn sumber dari internet, kita tak boleh anggap internet tu sebagai doktor untuk anak kita. Sekadar pengalaman dan pandangan orang boleh la.  Aku berkeras ke klinik mlm ni juga. Dan-dan lepas magrib berdesub ke persint 15. Masa ni tasneem masih tido. Aku bajet dia keletihan asyik berak2 je. Sampai persint 15, pergi ke klinik Annur, tp waktu tu doc rehat dari 7.30-8.30mlm. Aku ckp ngan papanya, kalo 8.30mlm baru ada doc, time tu tasneem nak tido balik. Takut dia mengaruk. Dia tgh mamai2 ni. Kebetulan depan klinik annur ada klinik ilham. Kami masuk, terus jumpe doktor. Kebetulan tak de org. Masuk je tetiba tasneem senyum2. Aku cerita la masalah anak akuni.

Doktor tu advice, it's normal kalo baby menyusu badan sepenuhnya berak dgn kerap. and poo dia cair and soft. Doktor tgk anak aku tak dehydrate. Maknanya ok. Kalo baby yang kene cirit birit, dia akan dehydrate and akan kelihatan lemah tak bermaya. Ditambah kalo baby muntah. Sah kne cirit. Doktor tgk anak aku pn dia tau tasneem bukan kene cirit birit. Tasneem siap gelak2 and main2 kt meja doktor. Doktor x suggestkan bg ubat pd baby. tak elok. kalo kat hospital pn, biasanya doktor2 mmg suruh bg susu je. no ubat2.

Doktor : See dia aktif. Kalo baby yang kene cirit birit biasanya lembik. Tak bermaya and dehydrate. Anak adik ni ok. (dalam ati, wah muda aku dok panggil aku adik). Bontot dia tak merah kan?
Aku : Yeke doktor. Saya risau dia berak2. Kadang2 cair, kadang2 mcm susu masam. Bontot dia ok.
Doktor : Meh kita timbang berat badan dia kalo nak tau dia menyusut ke tak.(sambil2 tu ketuk2 perut tasneem). Ada kembung sikitni
Aku : Yeke? Dia ni mmg dari lahir suka kembung. Start kul6ptg  je dia kembung. Boleh ke nak timbang? Masani tasneem dok main dgn papanya dgn nurse2 kat klinik tu memandangkan dia tak dok diam . (opahnya tegur tasneem macam mengecut. Takut ada pantang apa2 yang kami langgar. So aku dah call mak aku utk kepastian, takde.Maklumlah, aku kan jawa. Mcm2 pantang. Anak2 mak aku pn tak de yang berak2 mcm tasneem. Tp kalo ikut belah papanya, pakngah tasneem mmg mcm tu. makan berak makan berak smpai la besar.)
Aku : Doktor nak tanggalkan baju tak?
Doktor : Tak payah. Beza dalam 100-200gm je.


Tgk berat tasneem tanpa bogel 7.72kg. wah, b4 this 7.2kg. walaupn berak2, berat ttp naik. lega aku.

Doktor : so baby ok, mamanya yg kne tukar pola pemakanan. adik mkn ape2?
Aku : ada. amik supploment shaklee ESP. Soy based. Then mlm b4 tido minum anlene.
Doktor : Yg soy based tu blh continue. Sbb dia tak harm pd baby. selalunya doktor akan suggest susu isomil bg baby yg minum fm. since dia fully breast feed, adik stop amik anlene. anlene kuat tau. kat kita dia ok, tp kt baby, baby klh. mungkin sbb tu poo dia cair. 
Aku : yela doktor, sy kne minum susu b4 tido. kalo tak tgh2 mlm lapo.
Doktor : saya cdgkn adik amik susu tepung biasa je. Mcm fernleaf ke, anmum ke. Saya bagi air garam je ye kot-kot dah stop minum anlene still lagi cair.
Aku : ok. 

Sblm balik sempat aku timbang, wah naik 3kg. pengsan!

Mlm td aku tak minum anlene. Alhamdullilah poo tasneem dh kembali normal. Husbnd aku kata mungkin mineral yang masuk ke bdn tasneem dh byk. So mana2 tak perlu, perlu dibuang. So mulai arini, stop amik anlene. Terpaksalah berkorban utk anak. Stok susu yg ada terpaksala husband aku yg kene habiskan.

1 comment:

  1. Boleh tau anak sis time ni umur berapa bulan ya? Baby saya pun mengalami benda yang sama, asyik berak2 tapi aktif je macam biasa. Saya pun ada minum esp shaklee tu tapi tak minum anlene or apa2 susu pun.

    ReplyDelete