Terung bakar bersama telur dadar

Resepi ni aku dapat dari Busu aku. Selepas balik dari manila, dtg melawat dia dan dia hidangkan menu ni. Mudah, ringkas dan sedap. Selalunya terung ni sama ada masak dgn ikan asam pedas, kari, dhal, tak pn sambal.

Bahannya

Sebatang Terung - buang kulitnya.
1 labu bawang besar - hiris
3 biji telur
3 biji cili padi- hiris
garam



Bakar terung. Aku guna tefal je. senang nak tgk dh masak ke tak. Balut terung dgn aluminium foil letak atas kuali. 


Terung yang dh masak

Kemudian, lenyek2 seperti gambar di atas

Bancuh telur. Mcm telur dadar. Masukkan minyak, letak separuh telur, dan letak terung.

Tuang baki telur atas terung.


Taraaa...dah siap utk dimakan. 

Selamat Mencuba!




No comments:

Post a Comment