Al Rawsha Restaurant

Last Wednesday aritu my husband ajak makan nasi arab kat al rawsha kat bulatan kg pandan. Sebabnya isnin lepas makan nasi arab kat restoran saba' my husband tak berapa puas..dia kata kureng sket rasanya berbanding al rawsha. aku pun kata yeker? dan dan dia ajak ke al rawsha memandangkan aku pun ke kl untuk aktiviti pindahan server. kitaorang amik mandy chicken, chicken soup, kebab. Amik ko kekenyangan. kebab tu kitaorang bungkus kasi adik ipar aku memandangkan kami laki bini btl2 full.

While waiting. Mcm biasa, org kaki gambar begini la jadinya


Ayam separuh. Lembut dan enak

hambek ko, makan tak ingat orang sebelah. Mcmne la aku nak kurus ni!!

Kebab Kambing

Amik ko, licin..mmg sedap.

Honeymoon~Day 5

Akibat sibuk yang melampau, tak menyempat aku nak update honeymoon day 5. So enjoy the picca!
Shooting pagi hari



Balik time!

After check out, kami ke airport. memandangkan flight kami kul 1am, kami pn ke bandar Male and round city. hotel bagi tourist guide dari org tempatan (bagi tips la sket kan). Antara tempat yang kami lawati masjid lama, dataran merdeka, tugu tsunami, sekolah lama, muzium, masjid terbesar dan mcm2 lagi. Round city dengan berjln kaki. 3 jam gak kami round city.

Masjid lama. Diperbuat dari batu coral

Batu bersurat


fish market

Di tengah bandar

Honeymoon~Day 4

Selepas selesai bfast, ape lagi, husband aku dh tak sabar utk berdebus. dia kata beach tu dh panggil nama dia suh mandi. boleh mcm tu?pantai kat pulau ni landai, dan ombak tidak la seganas yang disangkakan. kebanyakan ombak ganas di luar pantai. so kalo bawak budak2 tu tak risaula. pasir yg halus best utk aktiviti tanam menanam and buat castle.

Smbil menikmati pemandangan di Dive point

Kul2, start la aktiviti kami ke pulau nelayan. 1 jam lebih yer nak ke pulau ini menaiki bot nelayan.Pulau ni terkena tsunami. Berapa yang meninggal, lupa nak tanya tourist guide tu. sbb syok mengambil gambar. Kat sini sumenya islam. Sekolah, masjid, farmasi, klinik, dewan, padang sumenye lengkap la. Selain aktiviti nelayan, derang ada kedai souvenir kecil kecilan. utk tambah pendapatan la. Pada pandangan mata aku, kehidupan derang ni rileks dan tidak serabut mcm kita. Yela, kat pulau, ape je yg kita blh buat.

Anak-anak nelayan



Honeymoon~Day 3 (night)

Selesai di Colombo, kita ke Maldives pula. Maldives ni adalah sebuah pulau. Ia bukan sebahagian dari Sri Lanka. Cuma mereka serumpun. Maldives ni ada beberapa ribu pulau tp, hanya 200 pulau berpenduduk, 120 pulau adalah hotel. 1 pulau = 1 hotel. Maksud 1 hotel tu, sheraton 1 pulau, hilton 1 pulau, Ranalhi 1 pulau. Masa Tsunami tahun 2005, 20 pulau terlibat. Seram sejuk gak la aku nak ke sini sebenarnya.. Kebanyakan 1 pulau 1 industri. Maksudnya airport 1 pulau, penjara 1 pulau, port 1 pulau, bandar 1 pulau. bestkan...Pengangkutan utama of course la boat!

So flight dari colombo ke maldives malam. kebetulan 1 flight tu ada org malaysia berbangsa india. dia ada conference kat Male(pronouce Malee). Male adalah ibu negeri Maldives.

Smpai di Maldives dalam kul 10 mlm. tp gelapnya mcm pukul12. waktu smpai tu hujan renyai2.

Airport Maldives yang sempoi

Sementara orang hotel contact speedboat hotel, posing jap. Dia kata 10 minit speedboat akan smpai. dalam masa 10 minit tu, mcm2 gambar kitaorg snap. hehe..

Setelah ombak badai kami tempuh, akhirnya, smpai gak di sini. 45 minit beb atas laut. siap ada aksi menstabilkan boat. cuak aku. Jejak kaki di jeti, Subhanallah, cantiknya..water very clear, fresh air. Tp tak bestnya mak aii, bingit telinga...mat salleh berdisko kat tepi pantai...boleh??? ape lagi dalam pale otak akuni, kot2 mlm ni kene tsunami, ngan aku2 sekali kene.


Memandangkan aku dah mamai2, check in, mandi and p jalan sekitar pulau. tgk ape kejadian2 yang boleh dirakam memandangkan disko open..keji kan...memandangkan tak de ape2 yang menarik melainkan telinga aku bingit, kami pn tidoo.

Honeymoon~Day 3

Hari last di Colombo, kami go around sekitar Galle Face. Dh janji ngan Tg amik kul10.30am sbb aku nak p shopping kat Odel..Menyoping saje akuni...mcm ni blh bankrap laki ko lin! On way berjalan2 kami disapa oleh pekerja Hotel Ramada. Dia ajak ke House of Temple. Ada 2 temple in 1 roof, Buddha and Hindu. Masuk kene bayar Rp 200

1. Naik Tuk-Tuk..
Gile, aku kene bayar Rp 6000. Geram aku..aku ckp ngan husband aku, blh bli saree tau..my husband kata, its normal dear, we r tourist. Mana-mana pn sama. tak pe, dah rezeki dia. Kami curi2 amik gambar

2. House of Temple

3. Duty free gems

4. Galle Face. - Kat sini pasangan bercinta bawak payung yer nak bercinta kat tepi pantai...aku bantai gelak je..tengahari panas terik tu bukak payung bercinta menghadap laut...kah kah kah

5. Odel - Tersnap by my hubby

6. Lunch b4 ke airport

Keseluruhannya aku rasa sgt seronok dan bahagia. byk kenangan di Sri Lanka. Husband aku kata, kita akan ke sini lagi untuk explore Srigiria and p Adam's Peak. Tp bila tu masih dalam perancangan kami.

Honeymoon~Day 2

Aktiviti hari kedua ni awal pagi. So kul5.30am dah kene bersiap and kul6 bfast. Perjalanan ke Kandy mengambil masa 3-4hours ikut keadaan. Kat sana, had laju adalah 70 km/j. Ngantuk gile aku. tp scenery on way ke Kandy sgt menyejukkan mata. Mmg btl la kata tg aku..byk sentimental value. Mmg sesuai utk pasangan bercinta and baru berkahwin mcm kami.

Aktiviti kami hari ini

1. Henry Batiks. aku ingt malaysia ngan indonesia je yg ada batik. tp kat sri lanka pn ada..cuma corak dia lebih kepada culture mereka like gajah, burung merak etc la. dari segi fabric, mereka gunakan cotton sri lanka. mcm kita ada cotton and silk.


Proses buat batik yang complex. Nak hasilkan byk warna, kene letak satu persatu.kene wax, then rendam, kering, letak lagi warna and ulang2..sbb tu kebanyakan batik dia ada 2 warna...Putih atau hitam sebagai warna tanah and 1 warna utk corak. Disebabkan proses yang complex, harga kat batik kat sini little bit pricey rather than batik malaysia.


2. Pemuliharaan gajah.
Memandangkan kami btl2 nak ada sentimental value, aku dipaksa naik gajah. Harga utk naik Rp 6,000 and tips penjaga gajah dan tukang amik gambar atleast USD2. Berdebar beb...peluk kuat2 husband aku. dalam ati, nasib dah kawen.kalo tak kawen, mampos aku taknak naik.sbb scary giler..aku ni otak negetif je...dok mikir tetiba gajah tu naik minyak ke, mengamuk ke..errr...tp gajah aku bernama Jumbo, 20 years old, female, sgt2 behave.pandai posing..lepas turun dari gajah tu, terkengkang jap...sengal sey, walaupun setengah jam je round2 kampung, tp otot2 sume bergegar.dh la beralaskan kain je...bulu gajah kasar plak tu...gatal..gelak husband aku.
Muka cuak, Senyum tak ikhlas. We don't want to get wet

3. Kandyan Spice Garden
Masuk free, tp promote bli barang2 ayurvedic, mahal giler.Most of spice sama je kat malaysia. Cuma mereka ada Safron!

4. Shopping
Kat sini saree, shawl mmg mahal. So just browse jela. So kami decide bli t-shirt Sri Lanka sbb murah. Rp 300 je. ape lagi, memborong la kami.

Kat luar kedai. Tg aku suh aku join, tp aku tak de kekuatan..ular tu beb, kene patuk, mati serta merta. husband aku je berani. Kene bagi tips yer

5. Souvenir

6. Lunch - Senani Restaurant. Ramai pelancong makan kat sini. Sebelah meja kami, org arab blh cakap indonesia. borak kejap je memandangkan dia dh already finish. So romantik atas bukit, sejuk and nampak view tasik. i said to my husband, if we have candle light dinner much more better. ;P . byk giler lauk..tak terhabis kami makan.


7. Temple of Tooth.
Husband aku je boleh masuk. Topi and scarf tak blh pakai. So aku ngan Tg round2 kat luar temple. actually temple ni adalah istana lama. Rupa2nya dulu kala, ada raja kat sri lanka. Temple ni masih dijaga dan dikunjungi penganut buddha sbb ada tokong dalam istana ni. sebelah kanan temple ni ada org jual bunga teratai utk wish pada buddha. sebelah kiri, ada tasik yang dibuat oleh maharaja. tengah2 tasik ada pulau kecik.


8. Gems. Mendiang Puteri Diana bli cincin di Sri Lanka. Sri Lanka adalah pengeluar gems terbaik dunia. Husband aku ckp, nak bli diamond kita kene p Africa la mcm nie...i said, i just follow. Kumpul fund yer!
Melilau mata aku. Bli gems mesti ada certificate utk pastikan gems yang dijual adalah asli. Certificate from Gov of Sri Lanka. Bersemangat menerangkan kat aku.. Bayangkan kami masuk tpt ni waktu terang menderang, keluar je gelap gelita...almost 3hours kat sini

On way balik ingat nak singgah restaurant tp memandangkan aku dah exhausted, terus balik hotel and sleep. "tak terasa lapo kn sbb dh memborong gems kan" said my husband

Honeymoon~Day 1

Flight ke sri lanka aku naik sri lankan airways, jam 9.20 am. yang kelakar nya, masa smpai klia, kaunter dah tutup. padanla lengang semacam. org yg jaga kaunter tu dh pegang handbag dah...nasib2..flight ke sana around 4-5 hours. aku tgk ticket, mati2 satu jam. rupa2nya flight smpai ikut waktu tempatan. nampak sgt jakun kan...dalam flight, aku layan cite tamil. syok gak. abis cite tamil, layan lagu....by the way, aku amik travel agent amar travel and tours. mereka yang arrangekan segala2nya.

Touch down, kami browse kedai2 yg ada kat airport. wah...terjumpa zam gem. kat airport malaysia pn ada, di satelit building sebelah habib jewels. after immigration, byk kedai2 kat luar. dan kebanyakan kedai jual mesin basuh, tv, and barang elektrik. aku bantai gelak..nak amik gambar pn tak smpai ati..keji gilerkan aku. husband aku ckp, mereka masih beranggapan bahawa barang2 eletrik tu bukan satu keperluan, tp kehendak..makanya hanya org kaya je yg mampu beli barang2 kehendak nie...terkedu aku sebentar.. nasihat dari husband aku, kalo kita rasa mewah, ada org lagi mewah dari kita, kalo kita rasa teruk, ada org lagi teruk dari kita. ape yang penting, sentiasa bersyukur. terasa mcm husband aku jadi pakar motivasi la plak.

Keluar je, Madusha, tourist guide (tg) aku dah menunggu. Untuk hari ini, aktiviti kami akan bermula dengan Dinner. So kami terus ke Hotel Ramada. On way ke hotel, tg aku promote p ke kandy. Dia kata Colombo adalah bandar komersil & tak byk sentimental value. Most european akan ke kandy dan Srigiria and stay atleast 5 days utk cover 2 tempat ni. So nak ke kandy kene topup USD75, tp kami bargain, dapat la USD65 per person.

Antara tempat yang kami lawat sebelum dinner time :-

1. Tempat ibadat :- uniknya di tempat ni ada stupa sebelah kuil sebelah masjid berhadapan sekolah arab. Dan depan kuil adalah rumah org islam. mcmne aku blh tau, sbb ada tulis MasyaAllah dan syahadah (tulisan arab)

2. Bandaranaike Memorial International Conference Hall. Tp aku tak masuk sbb tgh renovate.

3. Independence Memorial Hall

4. Dinner at Kinjou

5. ZZzzzzzzzzzz