Roti Boy

Selasa lepas mak aku datang ke rumah amik turn jaga tasneem. Memandangkan aku cuti sbb tasneem kene cucuk, aku buat aktiviti minum petang.
Resepi ni aku amik dari blog makcik aku Mawar Merah


Bahannya

ROTI

380gm tepung gandum
3 tbsp susu tepung
80gm gula halus
3tsp yis
1 biji telur
100 ml air suam (makcik aku kata pandai2 ejas tgk keadaan doh)
100 g water roux (1 tbsp tepung gandum dicampur dgn 5 tbsp air, masak smpai pekat)
1/2 tsb garam
30 g butter
30 g shortening

Caranya 
Letak semua bahan dalam bekas kecuali garam dgn butter uli sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan butter, uli lagi. Uli doh sampai kenyal2.Kemudian perap 1 jam atau doh naik 2x ganda.
Bulat2 kan doh letak inti dan perap dalam 15 minit. Baru bakar dalam 15-20 minit 180c


INTI
100g butter
1/2 tsp esen vanilla
35g gula perang.

Pukul butter besama vanilla dan gula perang sampai lembut dan sebati. Simpan dalam esbox

TOPPING

100g butter
80g gula Ising
2 biji telur
3tbsp nescafe larutkan dgn 2 tbsp air
100g tepung naik sendiri - aku blasah tepung gandum
Butter dipukul bersama gula ising sampai lembut. Masukkan telur dan pukul. Masukkan nescafe kemudian tepung. Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam esbox.
* Menghasilkan 9 biji roti. Aku bakar 5 biji kemudian 4 biji. Almaklumlah oven kecik


Sambil menunggu roti di bakar


4 biji lagi nak dibakar

Sedap di makan waktu ujan dan lapar.

Selamat mencuba!



1 comment: