BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Ilham kek ini datang nya dari entry kak azlita . Memandangkan bahan pn ada, nak perabiskan apa2 yang ada, so aku try la buat kek ni. Sedap, mcm ala-ala secret resepi walaupun aku buat agak comot.. bergaduh hoccay dgn tasneem. Ptg lepas balik keje, mandi, main2 dgn tasneem, aku bancuh and bake cake. tu pn dia dh ngaruk2 nak ngemping. Lepas dinner aku buat cream dan terus lepa kek.

Ni la muka tasneem kalo dia geram nak ikut aku. Letih nenek nak melayan

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette

40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc - aku guna loyang 7 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan 
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Mousse Chocolate

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream - aku blasah abiskan whipping cream yang ada. lebih kurang 330 gm.
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin ~ aku guna jenama nona
30 ml air
120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut. cara aku, aku masukkan dalam air suam. then godak2 smpai larut.
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata


Bahan Ganache Coklat - aku tak buat, tak de bahan

150 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
gaul rata.

Ganache aku


57 gm coklat +57 gm butter dicairkan. Cairkan setelah siap melepa kek 

Penyediaan

Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek - aku tak letak
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras

Cara aku, potong kek kepada 3 lapisan. Lapisan pertama letak pisang, kemudian letak mousse coklat. Letak kek lapisan kedua, letak pisang, letak mousse coklat. Letak lapisan ketiga kemudian baki mousse coklat ratakan keseluruhan kek.
aku buat cecepat, sbb takut tasneem bangun nak menyusu balik.


lapisan kedua


Selepas kek mengeras, aku letak ganche coklat. blasah je la.

Selamat aku potong


Mencuba kek. Sedap. Manis. Tp tekstur cream dia agak keras sket. Mungkin aku terlebih letak gelatin dan terkurang letak air bancuhan.



Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment