Kes Jari Aku

Khamis lepas aku jumpa doktor othopedik hospital putrajaya selepas hampir sebulan wat appoitment. Aku tunggu hampir 1jam setengah la gak sebelum dapat jmpe doc. masuk je bilik doc tu aku bagi surat ref dari klinik putrajaya. doc tgk jari aku yg melecur tu dia rasa pelik dan confuse. Kami pun buat exercise utk pastikan sendi dan tulang aku normal. after check mmg confirm aku kene wat operation.

doc: sy panggil bos saya la. tgk kes u. dia pakar.
aku: kalo kene operate lama ke nak baik?
doc: dalam 2-3 ari jari mmg kene tegak je. then dalam masa 1-2 weeks baru ok.then u kene p fisio.
aku: ?????
doc: u keje ape?
aku: IT
doc: abis tu u menaip?menulis
aku: left handed

doc pakar : ayoo...ni nampak simple tp complex ni. (smbil belek2, tekan2, garis2 mengaris). u rasa tak?
aku : rasa.
doc pakar : sini sakit tak?
aku: sakit.
doc pakar: u punya bcg ada scar mcm ni tak?
aku: tak de, scar flat je.
doc pakar: i tak berani nak amik kes u ni. refer kat hospital serdang. sendi u, tulang u ok. kulit u ni tak ok. patutnya kalo kes melecur, kesan dia tak mcmni. doc, u tulis surat refer ke hospital serdang.
doc pakar : u tak p klinik ke?
aku: p 3 klinik..last baru ke hospital. klinik pertama kedua kata jari saya akan normal...bla..bla ..bla...
doc pakar : ic...

aku: blur.... doc, sempat ke saya nak ke hospital serdang ni? dh kul4
doc: sempat, kaunter derang ttp kul5 gak mcm kat cni.

Lepas cetak je surat, aku berdesup ke serdang. sempat gak baca ref letter tu, tp sepatah pn aku tak faham. smpai dalam 4.30 kaunter othopedik serdang dh lengang. fuh selamat. aku bagi la surat tu kat kaunter. org yg jaga kaunter tu pn blur. then dia bagi kat rakan setugas dia. en (tak tau nama dia) itu baca surat tu dia kata, kes ni mcm kene wat plastic surgery. kalo mcmni, kene buat kat hkl. kat sana je ada pakar plastic. sini ada pakar otho je. lagipun sendi and tulang u ok. biasanya otho ni melibatkan tulang2. tak pe, kita amik je kes u ni, nnt kita akan discuss and akan kol u la dalam masa 10 hari dari arini.

en: lama dh kene ni?
aku : bulan 5
en: owh baru lagi. blh tulis no hp tak?
aku : blh, saya kidal.
en : owh sama la kita.
aku : blueks (dalam ati)

erm...bila la jari aku ni nak baik. majlis tak lama lagi je...kesimpulannya, nak taknak aku kene gak operate. kalo tak smpai ke tua la jari aku akan membengkok mcm tu. redha je la kalo dh tiba majlis aku, jari aku masih berkeadaan begini...sob sob sob

No comments:

Post a Comment